Salam sejahtera dan Assalammualaikum..
Minggu lepas kami membawa pelancong atau pelanggan yang berasal dari Semenanjung ke Kundasang. Trip yang tidak sampai sehari ini terisi dengan padatnya. Suami membawa sekali anak kami, Furqan dalam trip ini

Antara tempat yang kami kunjungi adalah Desa Cattle Dairy Farm atau dikenali sebagai New Zealand Malaysia. Walaupun saya sendiri tidak pernah ke New Zealand, mengikut apa yang diperkatakan orang tempat ini kelihatan seperti di New Zealand kerana pemandangannya yang cantik dan keadaan yang sejuk
Berada di kaki Gunung Kinabalu, tidak jauh dari Dreamworld Resort, ia juga selalu digunakan untuk penggambaran foto perkahwinan



Desa Dairy Farm ini adalah ladang lembu dan di sinilah penghasilan susu lembu, pemprosesan susu lembu menjadi susu segar dan aiskrim berlaku.  Susu segar berjenama Desa ini sangat terkenal di Sabah dan berperisa coklat, biasa dan kopi. Sedap tau!

Di ladang ini anda boleh melihat bagaimana pemerahan susu lembu dan pemprosesan susu lembu. Di bahagian belakang bangunan Desa Dairy Farm pula, ada kawasan utnutk memberi lembu dan kambing susu dan rumput.








Di kawasan lembu-lembu ini dibiarkan makan rumput inilah pemandangannya cantik. Dengan cuaca yang sejuk, pemandangan di sini memang memukau


Jangan lupa tinggalkan ‘jejak’ anda di sini 🙂

Seronok berada si sini dan ini sepatutnya masuk dalam ‘A must visit’ tempat jika anda berhajat ke kundasang atau ke Sabah. Anak-anak pasti sukakannya 🙂
Untuk tempahan van sewa dengan pemandu ke Kundasang, Sabah anda boleh hubungi Encik Fadzly di talian 013-542 5250.  Kunjungi kami juga di Facebook kami Encikbos.com. Tq 🙂