Salam Maal hijrah semua. Selamat datang ke tahun baru. Alhamdulillah.. Kita masih bernafas di tahun baru ini 🙂
Seringkali kami menerima tempahan daripada pelanggan yang datang dari Semenanjung Malaysia untuk ke Kundasang, Sabah. Kundasang merupakan pekan kecil ini berada di kaki gunung Kinabalu dan merupakan check point untuk memulakan pendakian ke gunung Kinabalu. Kundasang jua sering dianggap sebagai New Zealand Malaysia 🙂
Antara 3 tempat menarik yang mesti anda lawati jika datang ke Kundasang adalah;
1 . Desa Dairy Farm
Di sinilah tempat lembu-lembu dipelihara sehinggalah penghasilan produk tenusu seperti susu segar berperisa original, coklat, terbaru berperisa kopi dan juga aiskrim.
Di sini anda juga boleh lihat lembu-lembu yang dipelihara, beri mereka makan dan minum serta mengambil gamabr
Desa Dairy Farm juga dikenali sebagai New Zealand Malaysia kerana tempatnya yang cantik dengan cuaca yang sejuk. Pemandangan di sini sangat memukau 🙂
Entrance fee dewasa : RM5.00

2 . Kundasang War Memorial
Di sini merupakan tempat bersejarah di mana terdapatnya tugu peringatan pejuang dan tahanan perang semasa perang dunia ke-2, ketika penjajahan negara Jepun. Selain itu, War Memorial ini sangat cantik kerana dihiasi dengan pokok dan bunga-bungaan. Tempat yang cantik untuk bergambar juga
3 . Kinabalu Park
Merupakan taman warisan dunia, terletak di kaki gunung. Bercuaca sejuk dan berpemandangan menarik
Di sinilah juga terletaknya Timpohon, tempat memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu. Ia menjadi tempat pendaki berkumpul dan memulakan pendakian
Yuran kemasukan untuk dewasa adalah RM3

Ada lagi beberapa tempat menarik untuk dikunjungi dan dilawati di Kundasang Sabah. Nanti kami kongsikan ya. Sehingga ini, cukup 3 tempat ini dahulu. Pastikan anda singgah 3 tempat ini jika anda ke Kundasang
Untuk tempahan atau sewaan kereta , van dengan pemandu atau mencari homestay yang sesuai di Kundasang dan Kota Kinabalu Sabah, anda boleh hubungi kami di talian 013-542 5450 ( Fadzly)