Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Salam perkenalan dari kami sekeluarga
Selamat datang ke Encikbos.com. Alhamdulillah, hasil kerjasama kami suami isteri terhasillah blog kami ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana blog ini adalah tanda bahawa kami memang komited kepada dunia blogging
Untuk pengetahuan semua, blog ini dimiliki oleh En. Mohd Fadzly Abas dan saya Puan, Ereena Hamzah atau boleh panggil saya Aryn. Sebelum kewujudan blog ini, kami mempunyai 1 lagi blog iaitu www.keluargahebat.com. Jemput singgah ke sana jika mempunyai kelapangan masa 🙂
Blog baru kami ini akan kami fokuskan kepada aktiviti travelling, review tentang restoran yang pernah kami singgah, makanan yang best dan sedap yang terdapat di Sabah , juga tentang hobi kami iaitu memelihara kucing dan arnab.
Kami juga menawarkan perkhidmatan atau servis fotografi untuk perkahwinan, Majli pertunangan atau gambar keluarga

Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya anda mencari kereta sewa atau di Kota Kinabalu dan seluruh Sabah ini. Atau ingin mendaki Gunung Kinabalu 🙂
Insha Allah, lebih banyak info tentang Sabah akan kami kongsikan di sini. Stay tune ya!
salam perkenalan
Mus recently posted…Gambar Kerja Baikpulih Laluan Pendakian Ke Gunung Kinabalu