Hai dan Salam Sejahtera.. Maaf, lama kami tidak update di sini hinggakan ramai tertanya-tanya adakah kami masih sediakan perkhidmatan Guide dan sewaan kereta. Alhamdulillah. Hingga kini perniagaan kami ini masih berjalan dan masih menerima tempahan sewaan kereta dan Guide ke kawasan sekitar Sabah ini terutamanya ke Kundasang, Ranau dan Kota Kinabalu
Baru-baru ini sewaktu cuti sekolah pada 14 hingga 17 September, kami membawa satu keluarga, 8 orang anak beranak yang berasal dari Johor dan menetap dari Kuala Lumpur ke Kundasang, Ranau dan Island Hoping sekitar Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Perjalanan 8 orang sekeluarga ini kami bawa menggunakan Nissan Urvan yang muat 14 orang dengan kos RM300 sehari

Encik Khairul sekeluarga memilih untuk berada di Kundasang bermula 14hb dan ke Kota Kinabalu pada 17hb. Kami kongsikan sedikit tentatif atau itinerary perjalanan mereka
14hb September 2016 (Rabu )
Tiba di KK
Bergerak ke Kundasang
Rumah Terbalik
Jambatan Tamparuli
Pekan Nabalu
Check in hotel
15hb September 2016 (Khamis)
Tagal
Poring
Sabah Tea
16hb September 2016 ( Jumaat)
WAr Memorial Kundasang
Kinabalu Park
Tempat menarik sekitar Kundasang
17hb September 2016 ( Sabtu)
Bergerak ke Kota Kinabalu
Island Hoping ( Berjalan-jalan sekitar pulau)
Balik
Selepas 3 hari di Kundasang, kami membawa mereka Island Hoping. Pada mulanya risau juga mereka tidak dapat menaiki bot pada masa itu. Ramai orang yang menunggu giliran kerana keadaan laut yang bergelora tidak mengizinkan perjalanan Island Hoping di awal pagi. Akan tetapi, dapat juga kami sewa 1 bot untuk membawa mereka Island Hoping di sekitar Pulau Mamutik dan Pulau Manukan.


Di Pulau Manukan atau Mamutik ini anda juga boleh memilih untuk Scuba Diving atau payung terjun dengan bayaran tertentu. Encik Khairul sekeluarga memilih berjalan-jalan sambil melihat pemandangan sahaja sekitar pula-pulau ini
Selepas itu, kami membawa Encik Khairul sekeluarga berjalan-jalan sekitar KK. Antara tempat yang kami singgah adalah Pasar Kraftangan (Piliphin), Pasar Am, Signal Hill dan Tugu Peringatan Double 6 di Sembulan dan seterusnya ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.


Jika anda memerlukan perkhidmatan sewa kereta, sewa van beserta pemandu, Tourist Guide ke Kota Kinabalu atau ke Kundasang, atau seluruh Sabah, hubungi Encik Fadzly di talian 013-542 5450
cantik tempatnya
Raihanah recently posted…Rezeki September 2016