Hai.. Salam 1 Malaysia.. Baru -baru kami sekeluarga mengunjungi Ellus Trick-Eye Museum di 1 Borneo Hypermall. Berada di tingkat 2, Museum ini berhampiran dengan Mybowl Bowling Centre
Banyak latar belakang 3D yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga. Yurannya pula adalah;
Dewasa : RM20
Kanak-kanak RM10
Percuma bagi kanak-kanak di bawah 3 tahun
Dibuka bermula jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari bekerja, dan dibuka bermula jam 10.oo pagi hingga 10.00 malam pada hujung minggu dan cuti umum
Antara peraturan dan tips ketika masuk ke sini adalah;
1 . Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk
2. Tutup atau off flash kamera anda. Gambar jadi lebih cantik tanpa flash kamera
3. Berdiri di Photo Point. Setiap gambar disediakan Photo Point iaitu tempat yang sesuai untuk berdiri ketika mengambil gambar
4. Pada setiap Photo Point ada jarak tertentu. Semakin jauh gambar jadi semakin baik.
5. Sila berimaginasi. Gambar anda akan jadi lebih menarik apabila anda menggunakan kreativiti anda

Seronok masuk sini. Cuma kalau bawa anak-anak kena tahan lah.. Yalah, anak-anak ni bukan suka tunggu lama-lama.. Banyak dan pelbagai gambar menarik yang ada di sini. Tinggal anda perlu berimaginasi dan menggunakannya ketika bergambar. Sila pastikan model anda juga bersedia. Hihi..
Tempatnya juga mesra kerusi roda dan boleh bawa Stroller kanak-kanak. Cuma perhatikan anak-anak anda ya. Waktu kami di sini minggu lepas, ada 1 keluarga kehilangan anak mereka kerana tidak menyedari anak mereka keluar dari Museum ini. Yalah..kadang-kadang kita terlalu asyik mau ambil gambar cantik sampai terlalai sekejap,kan.. Peringatan untuk kami juga

Ok, have a fun here guys 🙂
Untuk tempahan van beserta pemandu ke Kota Kinabalu, Kundasang dan seluruh Sabah, anda boleh hubungi Encik Fadzly di talian 013-542 5450 🙂