DESA DAIRY CATTLE FARM DI KUNDASANG SABAH, A MUST VISIT PLACE

Salam sejahtera dan Assalammualaikum..

Minggu lepas kami membawa pelancong atau pelanggan yang berasal dari Semenanjung ke Kundasang. Trip yang tidak sampai sehari ini terisi dengan padatnya. Suami membawa sekali anak kami, Furqan dalam trip ini

Macam di New Zealnd, kan? :)
Macam di New Zealand, kan? 🙂

Antara tempat yang kami kunjungi adalah Desa Cattle Dairy Farm atau dikenali sebagai New Zealand Malaysia. Walaupun saya sendiri tidak pernah ke New Zealand, mengikut apa yang diperkatakan orang tempat ini kelihatan seperti di New Zealand kerana pemandangannya yang cantik dan keadaan yang sejuk

Berada di kaki Gunung Kinabalu, tidak jauh dari Dreamworld Resort, ia juga selalu digunakan untuk penggambaran foto perkahwinan

Pintu masuk Desa Dairy Farm
Pintu masuk Desa Dairy Farm

 

Batu yang selalu menjadi tempat pengunjung bergambar
Batu yang selalu menjadi tempat pengunjung bergambar

 

Kena bawa kereta masuk sini kerana perjalan ke ladangn lembu ini agak jauh dari pintu masuk utama
Kena bawa kereta masuk sini kerana perjalanan ke ladang lembu ini agak jauh dari pintu masuk utama

Desa Dairy Farm ini adalah ladang lembu dan di sinilah penghasilan susu lembu, pemprosesan susu lembu menjadi susu segar dan aiskrim berlaku.  Susu segar berjenama Desa ini sangat terkenal di Sabah dan berperisa coklat, biasa dan kopi. Sedap tau!

Pejabat utama Desa Dairy Farm
Pejabat utama Desa Dairy Farm

Di ladang ini anda boleh melihat bagaimana pemerahan susu lembu dan pemprosesan susu lembu. Di bahagian belakang bangunan Desa Dairy Farm pula, ada kawasan utnutk memberi lembu dan kambing susu dan rumput.

Anda boleh lihat dengan jelas lembu-lmbu dikumpul untuk aktiviti perahan susu lembu
Anda boleh lihat dengan jelas lembu-lmbu dikumpul untuk aktiviti perahan susu lembu

 

Furqan khusyuk melihat lembu-lembu ini. Bawa anak-anak ke sini memang seronok
Furqan khusyuk melihat lembu-lembu ini. Bawa anak-anak ke sini memang seronok

 

Ruang untuk melihat lembu di dalam pejabat Desa Dairy FArm
Ruang untuk melihat lembu di dalam pejabat Desa Dairy Farm

 

Di bahagian belakang pejaba DEsa, ada kawasan untuk membrikan lembu dan kambing makan dan minum susu
Di bahagian belakang pejabat Desa, ada kawasan untuk memberikan lembu dan kambing makan dan minum susu

 

Furqan di hadapan kawasan di mana lembu dan kambing boleh diberi susu dan rumput
Furqan di hadapan kawasan di mana lembu dan kambing boleh diberi susu dan rumput

 

Furqan excited dapat pegang lembu di sini
Furqan excited dapat pegang lembu di sini

 

Aktivit yang disukai kanak-kanak. Memberi lembu susu
Aktivit yang disukai kanak-kanak. Memberi lembu susu

 

Anak-anak memang suka bila lunagkan masa begini dengan keluarag tercinta kan? :)
Anak-anak memang suka bila luangkan masa begini dengan keluarga tercinta kan? 🙂

Di kawasan lembu-lembu ini dibiarkan makan rumput inilah pemandangannya cantik. Dengan cuaca yang sejuk, pemandangan di sini memang memukau

Cantikkan? :)
Cantikkan? 🙂

desa-dairy-farm-12

Tidak hairanlah tempat ini selalu dijadikan tempat fotografi perkahwinan kerana keindahannya
Tidak hairanlah tempat ini selalu dijadikan tempat fotografi perkahwinan kerana keindahannya

Jangan lupa tinggalkan ‘jejak’ anda di sini 🙂

desa-dairy-farm-11

desa-dairy-farm-1
Masa melawat dan Bayaran masuk ke Desa Dairy Farm ini

Seronok berada si sini dan ini sepatutnya masuk dalam ‘A must visit’ tempat jika anda berhajat ke kundasang atau ke Sabah. Anak-anak pasti sukakannya 🙂

Untuk tempahan van sewa dengan pemandu ke Kundasang, Sabah anda boleh hubungi Encik Fadzly di talian 013-542 5250.  Kunjungi kami juga di Facebook kami Encikbos.com. Tq 🙂