Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Maaf, lama tidak bersiaran di sini kerana agak busy juga sepanjang tahun lepas. Seringkali kami mendapat soalan begini apabila pelanggan menghubungi kami melalui whatsapp atau call;
“Encik, berapa sewa kereta untuk 2 hari?”
“Sewa kereta untuk jalan-jalan ke Kundasang berapa encik?”
Sebenarnya, soalan sebegini agak general. Apabila mendapat soalan begini, kami perlukan maklumat tambahan seperti kenderaan mana satu yang perlu dan sesuai digunakan, tempoh masa penggunaan kenderaan, berapa orang yang akan menaiki kenderaan tersebut dan sama ada pelanggan perlukan pemandu atau tidak.
So, kami ingin kongsikan beberapa cara/maklumat yang perlu anda sediakan sebelum anda finalise kenderaan yang sesuai disewa sepanjang perjalanan anda di Kota Kinabalu atau Kundasang, Ranau atau seluruh Sabah

1 . Berapa orang yang akan menaiki kenderaan tersebut
Kami perlukan jumlah orang yang akan menaiki kenderaan yang ingin anda sewa kerana ia adalah untuk menentukan kenderaan yang sesuai. Perlu juga nyatakan berapa jumlah orang dewasa dan kanak-kanak ya.
Selalunya kami akan cadangkan kepada pelanggan sekiranya pelanggan seramai 4 orang dewasa dan tidak perlukan pemandu, kereta yang sesuai seperti proton Saga, Myvi atau Bezza.
Sekiranya lebih daripada itu, anda mungkin boleh consider untuk menggunakan Alza atau Van, kerana anda juga perlu consider tentang ruang untuk beg-beg atau luggage anda.

2 . Tarikh dan masa perjalanan
Maklumat ini sangat penting kerana kami perlukan tarikh perjalanan untuk periksa sama ada kenderaan yag ingin disewa available ketika tarikh yang dinyatakan. Masa perjalanan juga penting kerana sewaan kenderaan dikira selama 24 jam
Ada beberapa kali customer cuma memberikan tarikh dan tidak memaklumkan masa penggunaan menyebabkan berlaku sedikit kekeliruan kerana sekiranya sewaan melebihi 24 jam, jam seterusnya akan dikira untuk sewaan hari ke-2. Walau bagaimanapun, kami masih boleh bertolak ansur atau masih boleh runding 🙂
3 . Perlukan pemandu atau tidak
Kami ada menyediakan perkhidmatan pemandu kenderaan untuk pelanggan yang memerlukannya. Perkhidmatan pemandu kami dikira selama 12 jam sehari..
Selain itu, sekiranya anda seramai 4 orang dan perlukan pemandu, selalunya kmi akan cadangkan kenderaan yang lebih besar seperti Alza kerana jika termasuk pemandu jumlah orang akan dikira akan menjadi seramai 5 orang dan kenderaan yang lebih besar selalunya lebih selesa

4 . Cadangan lokasi perjalanan anda
Memandangkan muka bumi Sabah yang berbukit-bukau, kami perlukan cadangan perjalanan agar kenderaan yang sesuai dapat kami cadangkan. Sekiranya anda hendak ke kawasan yang jauh seperti Sandakan atau Tawau, kami akan cadangkan kenderaan yang lebih tahan lasak.
Kenderaan kecil seperti Saga, Myvi atau Bezza lebih sesuai digunakan di bandar Kota Kinabalu. Selain itu, jarak perjalanan / lokasi yang hendak dituju akan menentukan harga perkhidmatan kami.
Kami juga ada menyediakan cadangan itinerary bagi setiap perjalanan untuk kesemua tempat-tempat yang menarik di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang atau Ranau dan anda boleh tentukan di mana lokasi yang ingin anda lawati
Moga info ini bermanfaat buat anda semua. Jika berminat mendapatkan perkhidmatan sewaan kereta, van atau pemandu untuk jalan-jalan atau melancong di Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau dan seluruh Sabah anda boleh terus hubungi kami di ;
Call/Msg/ Whatsapp : 013-5425450
Facebook : Encikbos.com