pemandu dan sewa kereta di sabah

KILANG COKLAT HOMEMADE – COCOA KINGDOM DI TANJUNG ARU SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tidak bersiaran di sini. Sibuk dengan customer yang menempah untuk kereta sewa dan jalan-jalan sekitar KK dan Kundasang buat agak mencabar untuk update di sini.

Jika mahu update yang cepat, anda juga boleh like Facebook Page kami iaitu Encikbos.com atau terus berhubung dengan admin utama kami Encik Fadzly di talian 013-5425450

Ok, baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang ke salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelanggan yang kami bawa.

Kilang coklat homemade yang diberi nama Cocoa Kingdom ini menghasilkan coklat mereka sendiri dan antara coklat homemade mereka yang famous adalah Tiramisu Coklat dan Coklat Cheese. Admin sangat sukakan Coklat Cheese mereka kerana ia sangat lazat, lembut dan rasanya membuatkan kita teringat-ingat ๐Ÿ™‚

Masuk di sini adalah percuma dengan diiringi guide Cocoa Kingdom sendiri dan anda dibenarkan mengambil gambar dan video hingga ke 1 section di mana mereka mempamerkan coklat homemade pelbagai jenis mereka. Di kawasan ini ย anda tidak dibenarkan mengambil gambar dan video dan di kawasan inilah juga anda akan diberi penerangan tentang jenis-jenis coklat yang ada dan dapat merasa sample percuma! ๐Ÿ™‚

Alamat mereka adalah :

No 1, Lorong Bunga Telur A, Tanjung Aru
88100 Kota Kinabalu

No Tel : 088-214128

Facebook : Cocoakingdom

Website :ย http://www.cocoakingdom.com/

Waktu dibuka : 9.00am – 8.00 pm setiap hari

Untuk sampai ke sana, anda perlu mencari roundabout menuju ke Tanjung Aru. Pilih lorong yang menuju ke Rumah Persekutuan. Gerak lurus ย menuju ke Petronas dan standby untuk masuk ke simpang kiri. Anda akan nampak bangunan Unit Promosi Jabatan Kesihatan dan signboard Jalan Steshen. Masuk simpang itu dan tidak lama anda akan nampak bangunan Cocoa Kingdom di sebelah kiri yang besar berwarna jingga ( Oren)

Jalan masuk dari belakang untuk melihat proses penghasilan coklat di sini. Di sini sangat sesuai untuk dijadikan tempat bergambar
sewa kereta di sabah, jalan-jalan di kk sabah
Lepas pintu masuk, anda akan lihat biji koko sebenar sebelum dihasilkan menjadi coklat
sewa kereta dan pemandu di kota kinabalu sabah
Di sini pula dipamerkan jenis-jenis koko. Tempat ini memang sangat cantik untuk dijadikan tempat bergambar
sewa kereta dan pemandu di sabah
Di sini anda akan lihat proses bagaimana koko dipisahkan daripada bijinya. Rasa koko yang original adalah sangat pahit
kereta sewa di kota kinabalu, kereta sewa dengan pemandu di sabah
Di sini anda akan diterangkan tentang kualiti koko yang diperlukan untuk menghasilkan coklat yang sedap
Seterusnya koko yang telah dibersihkan akan diproses dan diperam. Kawasan ini bercermin dan anda hanya boleh lihat daripada luar
sewa van di kota kinabalu sabah
Sebelum tiba di section pameran coklat yang telah dihasilkan, banyak kawasan yang disediakan oleh Cocoa Kingdom untuk bergambar dan tempat kanak-kanak bermain
pemandu dan sewa kereta di sabah
Memang banyak kawasan menarik untuk bergambar tau

Ok, lepas kawasan ini, ada keretapi kecil untuk anak-anak bermain dan seterusnya anda akan tiba di kawasan pameran coklat mereka. Kawasan ini adalah kawasan larangan mengambil gambar dan video. Anda akan diberi penerangan dan sample percuma disediakan..

Lepas tu anda bolehlah memilih coklat mana yang ingin dibeli ๐Ÿ™‚

sewa kereta sabah
Gambar di luar pintu masuk utama

Antara coklat yang kami suda rasa adalah coklat kopi, cheese chocolate, tiramisu cheese coklat dan beberapa lagi. Tapi saya paling suka Tiramisu cheese chocolate. Anda juga boleh dapatkan coklat yang lebih kecil dengan harga RM1 setiap 1. Harga sepek besar bermula RM40 dan ke atas bergantung kepada jenis coklat

Anda juga boleh menempah daripada pihak Cocoa Kingdom coklat yang anda mahukan untuk acara keramaian seperti majlis perkahwinan, Aqiqah dan sebagainya atau sebagai buah tangan dari Sabah untuk keluarga tersayang

Ok, jika anda berminat untuk mendapatkan servis kereta sewa beserta pemandu yang terbaik boleh terus hubungi kami di talian 013-5425450 (Fadzly)

Selamat bercuti! ๐Ÿ™‚