JALAN-JALAN KE KUNDASANG DAN KOTA KINABALU

Hai dan Salam Sejahtera.. Maaf, lama kami tidak update di sini hinggakan ramai tertanya-tanya adakah kami masih sediakan perkhidmatan Guide dan sewaan kereta. Alhamdulillah. Hingga kini perniagaan kami ini masih berjalan dan masih menerima tempahan sewaan kereta dan Guide ke kawasan sekitar Sabah ini terutamanya ke Kundasang, Ranau dan Kota Kinabalu

Baru-baru ini sewaktu cuti sekolah pada 14 hingga 17 September, kami membawa satu keluarga, 8 orang anak beranak yang berasal dari Johor dan menetap dari Kuala Lumpur ke Kundasang, Ranau dan Island Hoping sekitar Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Perjalanan 8 orang sekeluarga ini kami bawa menggunakan Nissan Urvan yang muat 14 orang dengan kos RM300 sehari

Encik Khairul sekeluarga
Encik Khairul sekeluarga. Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami 🙂

Encik Khairul sekeluarga memilih untuk berada di Kundasang bermula 14hb dan ke Kota Kinabalu pada 17hb. Kami kongsikan sedikit tentatif atau itinerary perjalanan mereka

14hb September 2016 (Rabu )

Tiba di KK

Bergerak ke Kundasang

Rumah Terbalik

Jambatan Tamparuli

Pekan Nabalu

Check in hotel

15hb September 2016 (Khamis)

Tagal

Poring

Sabah Tea

16hb September 2016 ( Jumaat)

WAr Memorial Kundasang

Kinabalu Park

Tempat menarik sekitar Kundasang

17hb September 2016 ( Sabtu)

Bergerak ke Kota Kinabalu

Island Hoping ( Berjalan-jalan sekitar pulau)

Balik

Selepas 3 hari di Kundasang, kami membawa mereka Island Hoping. Pada mulanya risau juga mereka tidak dapat menaiki bot pada masa itu. Ramai orang yang menunggu giliran kerana keadaan laut yang bergelora tidak mengizinkan perjalanan Island Hoping di awal pagi. Akan tetapi, dapat juga kami sewa 1 bot untuk membawa mereka Island Hoping di sekitar Pulau Mamutik dan Pulau Manukan.

menaiki-bot-ke-pulau-sabah
Memulakan perjalanan dengan menaiki bot untuk Island Hoping

 

pulau-mamutik-sabah
Pulau Mamutik Sabah, antara Pulau yang boleh dilihat dari Kota Kinabalu

 

jeti-ke-pulau
Jeti ke Pulau Mamutik

Di Pulau Manukan atau Mamutik ini anda juga boleh memilih untuk Scuba Diving atau payung terjun dengan bayaran tertentu. Encik Khairul sekeluarga memilih berjalan-jalan sambil melihat pemandangan sahaja sekitar pula-pulau ini

Selepas itu, kami membawa Encik Khairul sekeluarga berjalan-jalan sekitar KK. Antara tempat yang kami singgah adalah Pasar Kraftangan (Piliphin), Pasar Am, Signal Hill dan Tugu Peringatan Double 6 di Sembulan dan seterusnya ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Signal Hill Kota Kinabalu. Menara tinjau yang anda boleh lihat bandar Kota Kinabalu dari atas bukit
Signal Hill Kota Kinabalu. Menara tinjau yang anda boleh lihat bandar Kota Kinabalu dari atas bukit

 

Terima kasih Encik Khairul. Sehingga berjumpa lai :)
Terima kasih Encik Khairul. Sehingga berjumpa lagi 🙂

Jika anda memerlukan perkhidmatan sewa kereta, sewa van beserta pemandu, Tourist Guide ke Kota Kinabalu atau ke Kundasang, atau seluruh Sabah, hubungi Encik Fadzly di talian 013-542 5450