encikbos.com

My travel story

This is a Test Image for GREEN EYE Theme. If you feel any problem please contact with D5 Creation.



KERETA UNTUK DISEWA DI KOTA KINABALU DAN SEKITAR SABAH

Salam semua dan salam sejahtera. Bandar Kota Kinabalu, Sabah adalah antara bandar yang sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Sabah yang dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu ini, sering dikaitkan dengan Pearl atau mutiara,  kristal dan syurga makanan laut.

Sekiranya anda bakal melancong atau berjalan-jalan bersama keluarga ke Kota Kinabalu, Sabah saya cadangkan anda untuk mencari kenderaan yang sesuai untuk digunakan sepanjang anda berada di Negeri di Bawha Bayu ini bagi memudahkan pergerakan anda dan keluarga.

Kami ada menawarkan perkhidmatan kereta sewa untuk digunakan oleh anda dan keluarga.

Antara kenderaan atau kereta sewa yang kami tawarkan adalah;

Urvan - Sesuai digunakan oleh seisi keluarga

Urvan – Sesuai digunakan oleh seisi keluarga

1) Nissan Urvan

Kapasiti : 12 orang

Harga : RM300 satu hari

Jika anda gunakan lebih daripada 1 hari, kami boleh memberikan harga kasih sayang :)

 

2) Myvi

Kapasiti : 5 orang

Harga : RM140 SATU HARI

 

3) Exora

Kapasiti : 6 orang

Harga : RM240 satu hari

 

 

viva

Viva 850cc

4) Viva 

Harga : RM130.00 satu hari.

5) Kancil 850cc

Kapasiti : 4 orang

Harga : RM100

Jangan risau, harga kasih sayang sentiasa ada. Hubungi kami di talian 013-5425450 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kereta sewa di Sabah ini.

Selamat melancong ke Sabah. Kalau hendak membeli barang perhiasan atau aksesori seperti Mutiara atau kristal, anda boleh singgah ke Pasar Pilipin atau mana-mana kedai yang menjualnya di sekitar Kota Kinabalu. Dan pastikan anda runding harga sebaik mungkin bagi mendapatkan harga yang murah dan istimewa :)

 

SELAMAT DATANG KE ENCIKBOS.COM

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Salam perkenalan dari kami sekeluarga

Selamat datang ke Encikbos.com. Alhamdulillah, hasil kerjasama kami suami isteri terhasillah blog kami ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana blog ini adalah tanda bahawa kami  memang komited kepada dunia blogging

Untuk pengetahuan semua, blog ini dimiliki oleh En. Mohd Fadzly Abas dan saya Puan, Ereena Hamzah atau boleh panggil saya Aryn. Sebelum kewujudan blog ini, kami mempunyai 1 lagi  blog iaitu www.keluargahebat.com. Jemput singgah ke sana jika mempunyai kelapangan masa :)

Blog baru kami ini akan kami fokuskan kepada aktiviti travelling, review tentang restoran yang pernah kami singgah, makanan yang best dan sedap yang terdapat di Sabah , juga tentang hobi kami iaitu memelihara kucing dan arnab.

Kami juga menawarkan perkhidmatan atau servis fotografi untuk perkahwinan, Majli pertunangan atau gambar keluarga

Antara gambar yang pernah kami 'capture'

Antara gambar yang pernah kami ‘capture’

Anda juga boleh menghubungi kami  sekiranya anda mencari kereta sewa atau di Kota Kinabalu dan seluruh Sabah ini. Atau ingin mendaki Gunung Kinabalu :)

Insha Allah, lebih banyak info tentang Sabah akan kami kongsikan di sini. Stay tune ya!

© 2016: encikbos.com | GREEN EYE Theme by: D5 Creation | Powered by: WordPress